AEC yang berwibawa akan mencorakkan politik- keselamatan dan sosiobudaya

22 August 2015
(Click Utusan Online for original post)

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Menteri-menteri Ekonomi ASEAN mesti memastikan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang berwibawa, yang akan menyediakan tunggak politik-keselamatan dan sosiobudaya, kata Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Tan Sri Munir Majid.

Beliau berkata, masyarakat mahu melihat AEC yang berwibawa dan yang akan memutuskan sejauh mana tahap persepakatan antara semua negara dalam budaya dan politik.

"Jika AEC yang berwibawa tidak mampu dijayakan, kedua-dua tunggak itu tidak akan berjaya dan pewujudan komuniti ASEAN secara terangkum tidak akan menjadi realiti.

"Oleh itu mereka mempunyai tanggungjawab besar dan memastikan pada setiap pertemuan, cadangan perlulah konkrit, baik, berwibawa dan membuat kenyataan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat," katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Bercakap sempena Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ke-47 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan yang dirasmikan hari ini, Munir turut menyentuh mengenai struktur menegak proses membuat keputusan dalam ASEAN yang menurutnya terdedah kepada bekerja secara bersendirian. - BERNAMA