Seragamkan piawaian halal ASEAN mampu pacu perdagangan serantau – Nazir Razak

Seragamkan piawaian halal ASEAN mampu pacu perdagangan serantau – Nazir Razak

Nazir mencadangkan ASEAN menubuhkan kerangka piawaian bersama antara badan pensijilan halal utama membabitkan negara di rantau ini. – Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: ASEAN perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelbagai bentuk halangan bukan tarif (NTB) yang terus menyulitkan pergerakan barangan dan perkhidmatan di rantau ini.

Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia, Tan Sri Nazir Razak berkata, ketika tarif dikurangkan sejak beberapa dekad lalu, jumlah NTB pula meningkat secara mendadak, dengan lebih 9,600 NTB dikenal pasti dalam kalangan negara anggota ASEAN ketika ini.

“Dari sudut sektor swasta, memang bersetuju bahawa terdapat banyak kekecewaan berkaitan halangan bukan tarif. Sebagai contoh, makanan halal dari Malaysia pun perlu melalui proses tambahan untuk memasuki pasaran Indonesia atau Brunei.

“Halangan bukan tarif seperti ini memang banyak berlaku. Saya rasa apabila kita berunding dengan Amerika Syarikat, ini adalah peluang untuk kita menyemak semula halangan bukan tarif yang dibangkitkan oleh sektor perniagaan,” katanya ketika sidang media mengenai inisiatif ekonomi ASEAN-BAC, di sini, pada Selasa.

Beliau menambah, kepelbagaian piawaian dan keperluan teknikal dalam urusan halal bukan sahaja membebankan pengeluar, tetapi turut melemahkan integrasi ekonomi yang dilaung-laungkan ASEAN selama ini.

Susulan itu, beliau mencadangkan ASEAN menubuhkan kerangka piawaian bersama antara badan pensijilan halal utama membabitkan negara di rantau ini.

Katanya, ia boleh meningkatkan daya saing produk halal ASEAN di peringkat global, sekali gus mengukuhkan kedudukan rantau ini sebagai hab utama halal dunia.

Nazir juga membangkitkan kelemahan mekanisme aduan sedia ada seperti platform Asean Solutions for Investments, Services and Trade, yang membolehkan syarikat melaporkan NTB yang mereka hadapi di mana-mana negara ASEAN.

Malangnya, beliau berkata, kadar penggunaan platform itu sangat rendah kerana terdapat syarikat yang tidak percaya tindakan akan diambil menunjukkan keperluan mendesak untuk reformasi dalam cara ASEAN menangani halangan perdagangan.

Source: astroawani.com

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare