Menteri Kewangan APEC Akan Lancarkan Pelan Hala Tuju Baharu Pada Oktober – Lim Hui Ying

Menteri Kewangan APEC Akan Lancarkan Pelan Hala Tuju Baharu Pada Oktober – Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) — Menteri-Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan memperkenalkan pelan hala tuju baharu pada Oktober ini bagi menggantikan Pelan Tindakan Cebu, yang akan menetapkan keutamaan bagi Proses Menteri Kewangan (FMP) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata pelan hala tuju itu akan menggariskan inisiatif dan pencapaian jangka sederhana di bawah FMP untuk memajukan Visi Putrajaya APEC bagi komuniti Asia Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman.

“Penting untuk negara anggota ASEAN bekerjasama dalam APEC bagi memastikan keutamaan bersama kita di Asia Tenggara diterapkan dengan baik dalam pelan hala tuju Asia Pasifik baharu ini dan inisiatif di ASEAN dan APEC adalah konsisten antara satu sama lain dan saling menyokong,” katanya.

Baca selanjutnya di asean.bernama.com

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare