Tony Fernandes Gesa ASEAN Berani Dan Liberalisasi, Percepat Integrasi Ekonomi Serantau
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — ASEAN tidak seharusnya bersikap defensif tetapi perlu membuat keputusan berani untuk meliberalisasi peraturan bagi mempercepat integrasi ekonomi serantau, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkata peningkatan syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia, Lion Air dan VietJet telah merangsang pasaran intra-ASEAN yang kukuh, disokong oleh dasar ruang udara terbuka dan perjalanan tanpa visa.
“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berperanan penting dalam memacu ekonomi, disokong oleh teknologi digital yang mendorong pertumbuhan perniagaan yang pesat. Usahawan menyumbang secara positif kepada pengembangan ekonomi Asia Tenggara.
Baca selanjutnya di asean.bernama.com
