50 PKS pamer transformasi digital dalam ASEAN SOAR Together sempena Sidang Kemuncak Perniagaan & Pelaburan ASEAN 2025
KUALA LUMPUR 6 Okt– Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dengan kerjasama TikTok Shop bakal mengetengahkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) terbaik rantau ini menerusi program ASEAN SOAR (Supporting Our Artisans and Retailers) Together sempena Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) 2025 di Kuala Lumpur.
Inisiatif ini memberi peluang kepada 50 PKS terpilih dari kesemua 10 negara anggota ASEAN untuk mempamerkan transformasi perniagaan mereka melalui penggunaan teknologi digital dan platform e-dagang.
Pemenang cabaran perniagaan di bawah program ini akan dipamerkan di reruai khas ASEAN SOAR Together sepanjang dua hari penganjuran ABIS 2025, bagi memperlihatkan kisah kejayaan mereka kepada pemimpin serantau, penggubal dasar dan syarikat antarabangsa.
Baca selanjutnya di dagangnews.com
