Langkah berani PM Anwar perkenal status ABE dorong lebih banyak ‘Jaguh ASEAN’ berpusat di Malaysia – Nazir Razak
KUALA LUMPUR: Langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) menerusi Belanjawan 2026 mencerminkan komitmen teguh beliau untuk memperkukuh integrasi serantau.
Pengenalan status ABE oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan memberikan nilai sebenar kepada Malaysia sebagai pintu gerbang ke ASEAN.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia, Tan Sri Nazir Razak memuji langkah tersebut dan menyatakan harapan bahawa inisiatif itu akan mendorong lebih banyak Jaguh ASEAN untuk berpangkalan di Malaysia.
Baca selanjutnya di bharian.com.my
