ABIS 2025 perkukuh ekonomi jaringan serantau
KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Prinsip ‘ASEAN WAY’ perlu terus diperkukuh terutama dalam menghadapi ketidaktentuan cabaran ekonomi global.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN ( ASEAN-BAC) Tan Sri Nazir Razak berkata, usaha tersebut memerlukan reformasi berterusan serta pendekatan semula menerusi beberapa cadangan strategik, termasuk pelaksanaan inisiatif seperti ASEAN Business Entity (ABE) serta penubuhan agensi penarafan kredit ASEAN dan tabung pelaburan ASEAN.
Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada bidang yang dikenal pasti mempunyai cabaran dan peluang terbesar bagi ASEAN, termasuk kewangan dan modal, tenaga, kelestarian, pendidikan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kecerdasan buatan (AI).
“Untuk ASEAN, ketidaktentuan boleh dijadikan sebagai tangga dengan kemahiran mengemudi atau memanipulasi situasi, di mana perniagaan, negara dan rantau dapat mendaki hierarki ekonomi atau kuasa. Sudah tentu, kemunduran membawa risiko yang amat bahaya.”
Baca selanjutnya di berita.rtm.gov.my
