Transformasi digital jadi fokus utama kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia
KUALA LUMPUR, 25 Oktober -Transformasi digital akan menjadi agenda utama dalam kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara kejayaan terbesar sektor berkenaan tahun ini adalah kemajuan ketara dalam rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).
“Ekonomi digital ASEAN diunjurkan melebihi AS$2 trilion menjelang 2030 dan kami berazam untuk mempercepatkan kemajuan ini.Salah satu pencapaian utama tahun ini ialah kemajuan besar yang dicapai dalam rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA),” katanya ketika berucap pada ASEAN Business And Investment Summit 2025 Officiation Ceremony di MITEC, di ibu negara.
Baca selanjutnya di berita.rtm.gov.my
