ASEAN-BAC, Majlis Perniagaan Chile-ASEAN meterai MoU perkukuh kerjasama ekonomi rentas benua

ASEAN-BAC, Majlis Perniagaan Chile-ASEAN meterai MoU perkukuh kerjasama ekonomi rentas benua

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Hubungan ekonomi antara Asia Tenggara dan Amerika Selatan melangkah ke fasa baharu apabila Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Majlis Perniagaan Chile-ASEAN menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama perniagaan dan pelaburan antara kedua-dua rantau.

Perjanjian bersejarah itu dimeterai oleh Setiausaha Agung Konfederasi Industri Chile (SOFOFA), Rodrigo Yáñez yang mewakili Majlis Perniagaan Chile-ASEAN, bersama Pengerusi ASEAN-BAC, Tan Sri Nazir Razak. Majlis tandatangan tersebut berlangsung bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ASEAN BIS) 2025.

Menurut kenyataan bersama, kerjasama ini menjadi yang pertama seumpamanya antara ASEAN dengan sebuah negara Amerika Selatan, mewujudkan Majlis Perniagaan Chile-ASEAN sebagai platform utama bagi memacu hubungan perniagaan, memudahkan akses pasaran, serta memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.

Baca selanjutnya di dagangnews.com

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare