Brazil Tumpu Potensi Kerjasama Pengeluaran Biobahan Api Dengan ASEAN – Lula
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Brazil berhasrat menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi memperkukuh pengeluaran biobahan api, sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kebergantungan terhadap negara pengeluar tenaga lain serta mempercepat usaha penyahkarbonan, kata Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.
Beliau berkata biobahan api merupakan penyelesaian yang kos efektif dan penggunaannya boleh mempercepatkan usaha penyahkarbonan pelbagai sektor, daripada kenderaan ringan hingga penerbangan dan pengangkutan maritim, menjadikannya komponen utama dalam peralihan tenaga bersih global.
Baca selanjutnya di asean.bernama.com
