Kanada tumpu ASEAN sebagai langkah gandakan eksport bukan ke AS sebanyak 50 peratus
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Kanada menjangka sebahagian besar daripada peningkatan 50 peratus yang dirancang dalam eksport bukan ke Amerika Syarikat (AS) untuk dekad akan datang adalah daripada hubungan ekonomi yang lebih erat dengan ASEAN, kata Perdana Menterinya, Mark Carney.
Pada 22 Oktober lepas, Carney berkata Kanada berhasrat untuk menggandakan eksport bukan ke AS menjelang 2035, yang akan menjana tambahan perdagangan bernilai CAD300 bilion (US$214.4 bilion). Oleh itu, Kanada bakal memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas Komprehensif (ACAFTA) dengan ASEAN tahun depan.
“Saya telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan pengerusi ASEAN 2025 dan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr yang akan menjadi pengerusi tahun depan. Kami akan meneruskan beberapa siri perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan mempercepatkannya.
Baca selanjutnya di tvsarawak.my
