Pembangunan tenaga hijau mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai peneraju diplomasi tenaga rantau ini
KUALA LUMPUR: Pembangunan tenaga hijau di Sarawak terus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai peneraju diplomasi tenaga rantau ini dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang menyumbang kepada pembentukan Grid Tenaga ASEAN.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini bukan sekadar negeri pengeluar tenaga, tetapi memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan tenaga serantau melalui perkongsian kuasa rentas sempadan.
Katanya ketika ini Sarawak menyalurkan 300 megawatt tenaga ke Kalimantan Barat, Indonesia, 100 megawatt ke Sabah serta sedang merangka pelaksanaan untuk menyalurkan antara 100 hingga 150 megawatt tenaga ke Brunei dalam masa terdekat.
Baca selanjutnya di utusanborneo.com.my
