Projek tenaga berskala besar perlu pendekatan tersusun
KUALA LUMPUR: Pembentukan rangka peraturan serta ekosistem perdagangan kuasa serantau dilihat sebagai langkah asas dalam merealisasikan agenda Grid Tenaga ASEAN yang menghubungkan pasaran tenaga antara negara-negara anggota.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan projek tenaga berskala besar memerlukan pendekatan tersusun yang melibatkan rangka kerja perdagangan kuasa dan kawal selia pasaran bagi memastikan setiap negara memperoleh manfaat secara adil dan mampan.
“Sebelum kita berlari, kita perlu faham dahulu ekosistem yang akan diwujudkan. Tenaga kini menjadi komoditi yang boleh diniagakan, jadi struktur ekonomi dan peraturan mesti kukuh sebelum pelaksanaan diperluas,” katanya.
Baca selanjutnya di utusanborneo.com.my
