Kepimpinan Anwar, Kerajaan MADANI Dipuji Berkaitan Isu Tarif AS – Nazir Razak

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Majlis Penasihat Perniagaan-ASEAN (ASEAN-BAC) memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) dengan cara yang tenang dan seimbang serta melindungi kepentingan negara.
Pengerusi ASEAN-BAC Tan Sri Nazir Razak berkata selain bijak dalam menangani isu yang rumit itu, kerajaan turut melibatkan Washington untuk memahami perkara retorik dan realiti di pihak AS.
Selain itu, beliau berkata “Malaysia kemudian kembali merancang strategi, yang kita lakukan kini, dan mungkin meneliti kembali dan berunding.”
Read more at bernamabiz.com