ASEAN perlu kurangkan kebergantungan kepada FDI

KUALA LUMPUR: ASEAN perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pelaburan langsung asing (FDI) dan mula membangunkan syarikat teknologi tempatan yang berupaya muncul sebagai juara serantau.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong, berkata sejak sekian lama rantau ini terlalu bergantung kepada modal dan teknologi asing dalam sektor pembuatan, sedangkan masa depan lebih mampan menuntut ASEAN melabur dalam syarikat sendiri.
“Selama ini ASEAN melihat pelaburan berasaskan FDI sebagai model utama. Teknologi pula sering dianggap sebagai sesuatu yang diimport bersama modal luar. Namun, inilah masanya kita membayangkan masa depan ASEAN dengan melahirkan syarikat multinasional bertunjangkan teknologi sendiri,” katanya ketika melancarkan Majlis Pasaran Swasta ASEAN (APMC) di sini, hari ini.
Baca selanjutnya di bharian.com.my